Tuesday, December 6, 2011

Senaman





Senaman merupakan satu aktiviti fizikal yang dirancang, pengerakan struktur oleh badan bertujuan untuk meningkatkan kecergasan fizikal. Ia dilakukan oleh individu atau berkumpulan kerap selama 20 minit hngga 60 minit sehari, sekurang-kurangnya tiga hingga limakali seminggu.
Anda boleh memulakan tabiat senaman melalui aktiviti harian seperti berikut:
a)      gunakan tangga dan bukan lif
b)      pergi berjalan semasa makan tengah hari atau minum petang.
c)      Sekiranya boleh, jalan ke pejabat
d)     Buat kerja rumah seperti mengelap tingkap dan mayapu lantai.
e)      Buat kerja mengebun seperti menyiram pokok dan membersihkan halaman kebun
f)      Bangun 15 minit lebih awal untuk buat senaman yang mudah di rumah atau berjalan di taman.

Anda juga menggunakan Pramid Kecergasan yang disyorkan oleh American Family Physician.




Keperluan senaman dalam gaya hidup sihat
Ini kerana senaman ayng dilakukan secara tetap dan berterusan akan mempertingkatkan system fisiologi tubuh badan. Kadar denyutan jantung akan meningkat kepada kadar kerja yang ditetapkan. Perubahan ini akan mempertingkatkan kekuatan otot jantung untuk mengepam darah dalam volum yang banyak melalui kadar denyutan yang paling minima. Selain itu, kadar system keupayaan respiratori juga akan meningkat ke kadar yang lebih tinggi. Ini akan membuat anda berupaya bernafas dengan lebih baik dan kuat. Di samping itu, kadar tahap kekuatan otot, kuasa, keceergasan, ketangkasan dan koordinasi juga akan bertambah dengan berlakunya perubahan fisiologi pada tubuh badan. Keadaan ini akan menjadi seorang individu yang cergas dari segi fizikal berbanding individu yang sedentri. Seseorang akan lebih bertenaga dan berupaya melakukan sebarang aktiviti fizikal denga nlebih lama tanpa mudah mengalami kepenatan. Oleh itu, marilah bersenam bersama-sama.


Keselamatan semasa bersenam
Untuk bersenam, bamyak perkara yang harus fikirkan terutama aspek keselamatan. Keselamat amat penting untuk menghindari seseorang dari sebarang bentuk kecelakaan yang tak diingini. Antara perkara yang harus dititikberatkan semasa bersenam adalah seperti berikut:
a)      penyediaan badan
        bersenam mengikut 3 peringkat utama iaitu, warming up, aktiviti senaman, coolong down. Warming up penting untuk mengelakan seseorang daripada mendapat kecerdaraan otot dan sendi. Manakala, cooling down pula dapat mengurangkan kehadiran asid laktik yang membuat seseorang cepat lesu dan tidak bermaya.

b)      Peralatan
-          guna alat yang menikut piawaian yang telah ditetapkan.

c)      Tempat
-          bersenam di tempat yang selamat seperti tempat-tem[at terbuka dan mempunyai ramai orang.

d)     Keadaan kesihatan diri
-          bersenam ketika dalam keadaan sihat.

e)      Cuaca
-          jangan bersenam dan bersukan ketika cuaca sangat panas, terlalu gelap atau kadar pencemaran udara tingi (berjerubu).

f)       Pakaian dan kasut
-          pakai pakaian dan kasut yang selesa. Ia seharusnya tidak ketat dan sesuai mengikut keadaan cuaca. Elakkan pakaian bergetah, jakat atau baju kalis air.

No comments:

Post a Comment