Isitilah kebersihan diri merangkumi penjagaan kesihatan seperti kulit, rambut, gigi, mata dan tangan. Penjagaan kesihatan diri akan mempengaruhi kesihatan dan penampilan diri seseorang. Selain itu, seseorang akan berasa selesa tentang dirinya dan orang lain juga akan berasa selesa bergaul denganya.
Penjagaan kulit
Seseorang perlu dididikan cara-cara mandi dengan sabun untuk mengelakakn penyakit kulit dan mengelakkan badan berbau. Seseorang perlu mandi sekurang-kurangnya dua kali sehari agar mereka menjadi sihat dan selesa. Mereka perlu menggosok badan dengan kain lembut atau sponge supaya segala daki dan kuman dapat ditanggalkan dan mereka juga perlu memberi perhatian terhadap bahagian kaki, terutamanya di celah-celah jari kaki.
Penjagaan rambut dan kepala
Bersihkan rambut dengan shampo secara rutin.
Potong dan sisir rambut agar terlihat rapih.
Potong dan sisir rambut agar terlihat rapih.
Penjagaan gigi
Amatlah penting seeorang mendapat rawatan perubahan dan rawatan pemeriksaan gigi. Seseorang perlu menggosok gigi dengan berkesan untuk menghindar dari plaque. Amalan menggosok gigi sepatutlah bermula dari perngkat gigi susu lagi, iaitu dengan menggunakan tuala lembut pada gigi kanak-kanak.
Cara menggosok gigi
Penjagaan muka
Cara menjaga muka adalah cuci muka minima 3kali sehari. Mata adalah amat penting. Bersihkan daerah mata dari arah luar ke dalam(bersihkan kotoran mata yang menempel pada sudut kelopak mata). Apabila mata termasuk bendam harus segera keluarkannya dengan menggunakan kain atau tissue yang lembut, lakukan dengan hati-hati. Selain itu, bila mata terkena air sabun segera cuci dengan menggunakan air bersih, dan hindari untuk menggososk mata dengan tangan.
Penjagaan tangan
Tangan lebih sering menyentuh makanan berbanding dengan anggota badan lain. Amatlah penting bagi kita mencuci tangan secara sempurna dengan menggunakan air dan sabun (lebih baik jika menggunakan air panas dan sabun cecair daripada sabun ketul). Cuci keseluruhan bahagian tangan dan pergelangan di bawah cucuran air. Tangan harus dikeringkan dengan sempurna, sebaik-baik dengan pengering udara panas atau tuala kertas guna buang. Jika tuala kain digunakan pastika ia bersih dan digantikkan setiap hari. Tuala kain yang bergulung juga digunakan sesetengah premis.
Cara mencuci tangan
No comments:
Post a Comment