Monday, December 12, 2011

Kebersihan diri

Isitilah kebersihan diri merangkumi penjagaan kesihatan seperti kulit, rambut, gigi, mata dan tangan. Penjagaan kesihatan diri akan mempengaruhi kesihatan dan penampilan diri seseorang. Selain itu, seseorang akan berasa selesa tentang dirinya dan orang lain juga akan berasa selesa bergaul denganya.



Penjagaan kulit

Seseorang perlu dididikan cara-cara mandi dengan sabun untuk mengelakakn penyakit kulit dan mengelakkan badan berbau. Seseorang perlu mandi sekurang-kurangnya dua kali sehari agar mereka menjadi sihat dan selesa. Mereka perlu menggosok badan dengan kain lembut atau sponge supaya segala daki dan kuman dapat ditanggalkan dan mereka juga perlu memberi perhatian terhadap bahagian kaki, terutamanya di celah-celah jari kaki.


Penjagaan rambut dan kepala


 Bersihkan rambut dengan shampo secara rutin.
 Potong dan sisir rambut agar terlihat rapih.

Penjagaan gigi
Amatlah penting seeorang mendapat rawatan perubahan dan rawatan pemeriksaan gigi. Seseorang perlu menggosok gigi dengan berkesan untuk menghindar dari plaque. Amalan menggosok gigi sepatutlah bermula dari perngkat gigi susu lagi, iaitu dengan menggunakan tuala lembut pada gigi kanak-kanak.

 Cara menggosok gigi




Penjagaan muka

Cara menjaga muka adalah cuci muka minima 3kali sehari. Mata adalah amat penting.  Bersihkan daerah mata dari arah luar ke dalam(bersihkan kotoran mata yang menempel pada sudut kelopak mata). Apabila mata termasuk bendam harus segera keluarkannya dengan menggunakan kain atau tissue yang lembut, lakukan dengan hati-hati. Selain itu, bila mata terkena air sabun segera cuci dengan menggunakan air bersih, dan hindari untuk menggososk mata dengan tangan.


Penjagaan tangan
Tangan lebih sering menyentuh makanan berbanding dengan anggota badan lain. Amatlah penting bagi kita mencuci tangan secara sempurna dengan menggunakan air dan sabun (lebih baik jika menggunakan air panas dan sabun cecair daripada sabun ketul). Cuci keseluruhan bahagian tangan dan pergelangan di bawah cucuran air. Tangan harus dikeringkan dengan sempurna, sebaik-baik dengan pengering udara panas atau tuala kertas guna buang. Jika tuala kain digunakan pastika ia bersih dan digantikkan setiap hari. Tuala kain yang bergulung juga digunakan sesetengah premis.

Cara mencuci tangan

Wednesday, December 7, 2011

Rekreasi

Perkataan rekreasi berasal daripada Bahasa Latin iaitu “recreation” yang bererti penyergaran kesihatan(Torkildsen, 1992). Dengan kata lain, rekreasi membawa maksud penyegaran kembali jasmani dan rohani seseorang. Rekreasi sebagai suatu aktivitiyang dilakukan semasa waktu lapang, menyenangkan dan mempunyai kualiti social. Bila bereksi, anggota tubuh badan kitabergerak. Secara tidak langsung ia membuat badan berpeluh. Cara terbaik memulihkan seseorang menghadapi tekanan atau stress ialah dnegan menenangkan fikiran melalui rekreaksi, kesenorokan, kegembiraan dan hiburan.
Contoh-contoh aktivti rekreasi









Berikut adalah beberapa langkah keselamatan yang haris patuhi semasa berkreasi:
a)      pakai pakaian yang sesuai
b)      mesti mengetahui tahap kesihatan sebelum menyertai aktiviti-aktiviti sebegini.
c)      Pastikan kelengkapan ata peralatan yang digunakan mencukupi.
d)     Pestikan peralatan dan kemudahan yang digunakan selamat dipakai
e)      Sediakan peti kecemasan dan catatkan nombor ambulans
f)       Sentiasa ikut peraturan yang desediakan.

Tuesday, December 6, 2011

Senaman





Senaman merupakan satu aktiviti fizikal yang dirancang, pengerakan struktur oleh badan bertujuan untuk meningkatkan kecergasan fizikal. Ia dilakukan oleh individu atau berkumpulan kerap selama 20 minit hngga 60 minit sehari, sekurang-kurangnya tiga hingga limakali seminggu.
Anda boleh memulakan tabiat senaman melalui aktiviti harian seperti berikut:
a)      gunakan tangga dan bukan lif
b)      pergi berjalan semasa makan tengah hari atau minum petang.
c)      Sekiranya boleh, jalan ke pejabat
d)     Buat kerja rumah seperti mengelap tingkap dan mayapu lantai.
e)      Buat kerja mengebun seperti menyiram pokok dan membersihkan halaman kebun
f)      Bangun 15 minit lebih awal untuk buat senaman yang mudah di rumah atau berjalan di taman.

Anda juga menggunakan Pramid Kecergasan yang disyorkan oleh American Family Physician.




Keperluan senaman dalam gaya hidup sihat
Ini kerana senaman ayng dilakukan secara tetap dan berterusan akan mempertingkatkan system fisiologi tubuh badan. Kadar denyutan jantung akan meningkat kepada kadar kerja yang ditetapkan. Perubahan ini akan mempertingkatkan kekuatan otot jantung untuk mengepam darah dalam volum yang banyak melalui kadar denyutan yang paling minima. Selain itu, kadar system keupayaan respiratori juga akan meningkat ke kadar yang lebih tinggi. Ini akan membuat anda berupaya bernafas dengan lebih baik dan kuat. Di samping itu, kadar tahap kekuatan otot, kuasa, keceergasan, ketangkasan dan koordinasi juga akan bertambah dengan berlakunya perubahan fisiologi pada tubuh badan. Keadaan ini akan menjadi seorang individu yang cergas dari segi fizikal berbanding individu yang sedentri. Seseorang akan lebih bertenaga dan berupaya melakukan sebarang aktiviti fizikal denga nlebih lama tanpa mudah mengalami kepenatan. Oleh itu, marilah bersenam bersama-sama.


Keselamatan semasa bersenam
Untuk bersenam, bamyak perkara yang harus fikirkan terutama aspek keselamatan. Keselamat amat penting untuk menghindari seseorang dari sebarang bentuk kecelakaan yang tak diingini. Antara perkara yang harus dititikberatkan semasa bersenam adalah seperti berikut:
a)      penyediaan badan
        bersenam mengikut 3 peringkat utama iaitu, warming up, aktiviti senaman, coolong down. Warming up penting untuk mengelakan seseorang daripada mendapat kecerdaraan otot dan sendi. Manakala, cooling down pula dapat mengurangkan kehadiran asid laktik yang membuat seseorang cepat lesu dan tidak bermaya.

b)      Peralatan
-          guna alat yang menikut piawaian yang telah ditetapkan.

c)      Tempat
-          bersenam di tempat yang selamat seperti tempat-tem[at terbuka dan mempunyai ramai orang.

d)     Keadaan kesihatan diri
-          bersenam ketika dalam keadaan sihat.

e)      Cuaca
-          jangan bersenam dan bersukan ketika cuaca sangat panas, terlalu gelap atau kadar pencemaran udara tingi (berjerubu).

f)       Pakaian dan kasut
-          pakai pakaian dan kasut yang selesa. Ia seharusnya tidak ketat dan sesuai mengikut keadaan cuaca. Elakkan pakaian bergetah, jakat atau baju kalis air.

Kesan kekurangan dan kelebihan nutrien

Zat (nutrien)
Kelebihan
(lebih daripada yang diperlukan tubuh)
Kekurangan
(kurang daripada yang diperlukan tubuh)

Karbohidrat
-gula darah meningkat
-diabetes
-obesiti
-manutrisi
-kurus
-lemah, tidak ada tenaga

Protein
-gangguan ginjal
-beban kerja hati
-mudah sakit
-gangguan metabolisme tubuh
-busung lapar

Lemak
-obesiti
-kolesterol tinggi
-penyempitaan pempuluh darah
-sakit jantung
-kekurang vitamin larut dalam lemak (A, D, E, K)
-penurunan daya tahan tubuh
-kurang tenaga

Mineral
-gangguan kerja organ
-cirit-birit
-muntah-muntah
-talasemia
-gangguan metabolisme tubuh
-kurang zat besi disebabkan penurunan konsetrasi dan IQ
-mudah jatuh sakit
-hilang nafsu makan
-cirit-birit

Vitamin
-vitamin yang tidak larut dalam air/larut dalam lemak boleh membebani hati
-berasa mual
-muntah
-kelebihan vitamin A boleh mengakibatkan kekejangan

-vitamin A:gangguan pada mata
-vitamin C:sawan
sumber: Melvin H.Williams 2002. Nutirtion for halth, fitness & sport

Piramid Makanan

Keperluan nutrien dan kalori untuk kanak-kanak berbeza mengikut usia mereka. Menurut Kementerian Kesihatan (1997) tiada sesuatu makanan yang dapat membekalkan semua zat yang diperlukan oleh tubuh. Oleh itu pelbagaikan pengambilan makanan kanak-kanak berasaskan Piramid Makanan.

Monday, December 5, 2011

Sumber-sumber nutrien

nutrien adalah bahan kimai yang penting dalam makanan untuk kegunaan tubuh badan manusia. sumber-sumber nutrien terdiri daripada enam kelas nutrien iaitu karbohidrat, lemak, protein, vitamin, mineral dan air.


a. Karbohidrat
- adalah pembekal tenaha utama di dalam badan manusia. diet karbohidrat adalah seperti kanji dan gula di dalam bijirin, sayur-sayuan, legum dan buah-buahan. badan kita menukar diet karbohidrat kepada glukos iaitu sebatian gula yang mudah.glukos inilah yang kita akan dapati di dalam lingkaaran bagi membekal tenaga kepada sel dan tisu.


b. Lemak
- berasal dar minyak dan juga bahan dalam makanan seperti kolestrol da fosfolipid. Lemak atau juga trigliserida adalah antara pembekal utama tenaga keada badan. Selain itu, trigliserida, klolestrol dan fosfolipid mempunyai fungsi utama yang lain iaitu memberi struktur sel badan, pembawa larutan lemak vitamin (A,D, E dan K) dan membekal bahan permulaan untuk menghasilkan hormo yang banyak.


c. Protein
-salah satu bahan sebatian organik yang dibuat daripada bangunan blok kecil yang dikenali sebagai asid amino. Protein bahan membntu merangsang pertumbuhan dan penggantian tisu dan otot badan, membentuk kompaun badan yang penting seperti beberapa hormon, enzim dan hemoglobin, keseimbangan kadungan air, membentuk antibodi dan memelihara keseimbangan badan.


d.Vitamin
- ia berfungsi untuk mengawal proses di dalam badan seperti penghasilan tenaga serta darah dan juga pengimbnagan kalsium. Selain itu, ia juga membantu menjaga organ-organ dan tisu-tisu berfungsi dan sihat. keperluan vitamin boelh dihadkan jika kita mengamalkan diet yagseimbangan, kerana vitamin berlebihan boleh mengancam kesihatan terutama vitamin A, D, pyridoxine dan niasin.


e. air
merupakan mineral atau garam yang semula jadi. Ia juga adalah nutrien yang paling penting. Badan kita boleh bertahan tanpa mineral lain untuk sesuatu jangka masa yang panjang kecuali air. Air mempunyai banyak peranan di dalam tubuh badan kita diantaranya ialah sebagai mengawal suhu badan, pelincir dan pembawa nutrien dan bahan bungan.

Nutrient



Kehidupan sihat bermula daripada pemakanan yang baik bagi menjalani gaya hidup yang sihat. Untuk mempertingkatkan kualiti kehidupan, kita perlu mengambil berat faktor yang mempengaruhi badan kita, kerana tubuh badan  manusia adalah organisame hidup yang mengagumkan, dengan kemampuan untuk membesar, mengawal, memperbaiki dan mempertahankan diri jika diberi pemakanan yang seimbang, berkuatili tinggi dan semula jadi.

Nutrien ialah zat makanan atau bahan dalam pemakan yang boleh digunakan oleh tubuh badan untuk memperolehi tenaga, membantu dalam sintesis tisu dan pelbagai aktiviti penting yang lain di dalam badan.

Nutrient amat penting kepada tubuh badan manusia untuk pelbagai fungsi seperti tumbesaran dan perkembangan badan, keseimbangan sel dan tisu, pembekal tenaga untuk melakukan aktiviti-aktiviti fizikal dan mengawal beratus ribu proses mkanan yang berlaku di dalam badan kita setiap hari. Nutrient yang lengkap melahirkan badan yang sihat.

Saturday, December 3, 2011

Oats stand the test of time



There are many health foods that claim to be good for you but not all have decade-long studies to prove it. Oats have the highest proportion of solube fibre of aany grain, ehich helps in bile acid excretion. This in turn reduces cholesterol levels in the blood.
Make oats your breakfast choice-start the day with a bowl of oatmeal or opt for products that are rich with the healthy grain such as ceeals, multgrain breads and fortified mil drinks.
source: Johns Hopkins Health Alerts